#PemilihanUMNO2013: Demi Perjuangan Islam, Ustaz Fathul Bari Bersedia Bertanding Kerusi Exco!


Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda, Fathul Bari Mat Jahya bersedia untuk bertanding kerusi Exco Pemuda Umno Malaysia.



Beliau telah membuat hebahan tersebut melalui laman twitternya, dimana Fathul berkata kesediaannya itu bukan semata-mata mahu memenuhkan kerusi, tetapi melalui platform ini, ianya boleh dimanfaatkan untuk memperjuangkan Islam.
“Kesediaan saya untuk bertanding Exco Pemuda Umno kerana saya dijanjikan bahawa platform itu boleh dimanfaatkan untuk memperjuangkan Islam,” - @ustazfathulbari

Semasa PRU-13 lepas, Fathul telah dipilih sebagai calon ulama UMNO dan telah bertanding di DUN Sanglang. Tapi malangnya, Fathul telah gagal merebut kerusi di DUN tersebut. Jika ada langkah kanan untuk Fathul duduki kerusi sebagai exco pada Pemilihan UMNO 2013 ini, penulis harap perjuangan Fathul tidak luntur dan pendidikan islamiah boleh ditekan secara mendalam lagi di Malaysia ini.


 






0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © TRANSFORMASI 13 Blogger Theme by BloggerThemes & newwpthemes Sponsored by Internet Entrepreneur