Most Recent

LELAKI PUKUL KEKASIH DENGAN HULU KAPAK DIBURU
Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid
GEORGETOWN: Seorang lelaki berusia 52 tahun diburu polis selepas memukul kekasihnya yang berusia 28 tahun di Taman Pisang Awak, Kampung Melayu di sini, Khamis lalu.

Dalam kejadian jam 11.30 malam itu, suspek memukul mangsa menggunakan hulu kapak akibat berang selepas membaca komen di laman sosial Facebook yang memuji kecantikan wanita itu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid, berkata suspek menghentak muka mangsa menggunakan hulu kapak dan memukul kepala, tangan dan kaki wanita itu berkali-kali menyebabkannya lari ke balai polis.

"Mangsa pada mulanya enggan membuat laporan dan meminta lelaki itu datang ke balai polis untuk berjanji tidak memukulnya lagi, namun suspek enggan berbuat demikian.

"Polis kemudian menyerbu rumah yang didiami suspek bersama mangsa sejak dua tahun lalu, namun tidak menemui suspek yang dipercayai melarikan diri," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Difahamkan, suspek mempunyai beberapa rekod jenayah lampau dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menyerang hingga mendatangkan kecederaan.

Shukri Hayat 25 January 2016
Vaping – Sultan's Intervention Result Of Weak Goverment
While Sultan Ibrahim Sultan Iskandar's declaration of a ban on vape shops in Johor is unusual, the royal intervention was a result of Putrajaya's lack of leadership on public health issues, Centre For A Better Tomorrow (Cenbet) co-president Gan Ping Sieu said today.

"That the sultan of Johor has to wade in on the controversy surrounding vaping is an indictment on the dearth of political leadership in tackling issues of national concern, in this case, regulations pertaining to public health," said Gan.

He added that the positive response from the public for the monarch's "unusual" public ventilation of his view was testimony that they, too, shared the sultan's concern.

"Since the issue started dominating our national conversation, policymakers have been dragging their feet in addressing this issue.

"We have seen how officials from the same ministry contradict each other […] politicians milking the issue to the hilt and worse, the controversy taking on racial undertones.

"These were festered by the lack of political leadership in addressing the controversy expeditiously," he said.

Gan said ultimately, poor governance gave rise to the controversy which was aggravated by weak political will.

He added that weak political will has manifested in the worsening of race relations as racists and bigots become more emboldened.

A political process

"Moving forward, it is up to the Johor government to deliberate on the issue and take up the matter with the federal government as to whether we should impose a complete prohibition on vaping.

"Or to regulate the same strictly in a manner no less stringent than regulating smoking and the tobacco industry... it is a political process that the government of the day must address and resolve in the interest of the people," he said.

Gan said while the royal decree is not legally binding nor does it have the force of the law, it should be a wake-up call for the authorities to act decisively and put public health above race and politics.

On Sunday, Sultan Ibrahim, saying that it is a question of public health, instructed all vape shops in Johor to close by Jan 1, 2016.



sumber
https://www.malaysiakini.com/news/321738#ixzz3t6BqiZLm

Shukri Hayat 2 December 2015
20 UNIVERSITI AWAM SETUJU LARANG PENGGUNAAN VAPE DI KAMPUS
Gambar hiasan

KANGAR, 22 Nov - Semua 20 universiti awam (UA) bersetuju agar penggunaan vape atau rokok elektronik dan rokok diharamkan di kampus masing-masing, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh.

Beliau berkata keputusan itu dicapai bersama oleh Naib-naib Canselor di 20 UA berkenaan yang bermesyuarat Jumaat lepas.

"Walaupun sebelum ini ada naib canselor yang mengumumkan pengharaman menghisap vape dan rokok dalam kawasan universiti, saya menyifatkan keputusan bersama ini adalah tepat kerana universiti adalah zon hijau.

"Dahulu, hanya rokok yang diharamkan dihisap (di universiti), sekarang kita perluaskan kepada vape atau rokok elektronik," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kejohanan Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA) ke-6 di Dewan 2020 di sini Sabtu malam.

Beliau berkata universiti diberi kuasa autonomi dan berhak menentukan hukuman atau tindakan terhadap mereka yang melanggar peraturan tersebut dan kerajaan tidak akan campur tangan.

Mengenai sukan dalam kalangan pelajar universiti, Idris berkata kerajaan menyediakan banyak insentif dan kemudahan selain pengecualian tertentu kepada atlet yang aktif untuk menggalakkan mereka mencapai kejayaan cemerlang dalam bidang sukan.

Malah, katanya, lebih separuh pingat yang diperoleh kontinjen negara dalam Sukan SEA disumbangkan oleh atlet dari kalangan pelajar terutamanya pelajar universiti.

"Kerajaan memang mengiktiraf kejayaan pelajar dalam bidang sukan. Ini dapat dilihat melalui banyak insentif dan penganugerahan disediakan untuk mereka agar lebih produktif," katanya.

SIPMA yang bermula semalam sehingga 28 Nov ini disertai tujuh kontinjen mewakili Majlis Sukan (MS) Sekolah-Sekolah Malaysia, MS Universiti-Universiti Malaysia, MS Politeknik, MS Matrikulasi, MS IPTS, MS Kolej Komuniti (MASKOM) dan MS Institut Pendidikan Guru.

Kejohanan dwi tahunan itu dikelolakan oleh MASKOM, membabitkan 994 atlet yang bertanding dalam tujuh acara iaitu renang, olahraga, badminton, tenpin boling, bola sepak, skuasy dan hoki.

sumber: BERNAMA

Shukri Hayat 29 November 2015
Fitnah jahat Pembangkang yang berselindung di belakang NGO dijawab.
Fitnah jahat Pembangkang yang berselindung di belakang NGO dijawab. Anda baca :



Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) menggunakan wang yang dihasilkan sendiri untuk membiayai perjalanan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom ke Amerika Syarikat (AS), bukan wang yang diguna dari anak-anak yatim.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata yayasan tersebut telah menjana pendapatan tahunan sebanyak RM1.034 bilion melalui perniagaan anak syarikatnya.

Antara anak-anak syarikat adalah operasi Ar-Rahnu yang sehingga 2015 telah menjana RM83 juta.

“YaPEIM membuat keuntungan sendiri, kita tidak menggunakan wang yang dimaksudkan untuk anak-anak yatim atau golongan miskin.
'Tuduhan bahawa wang anak-anak yatim ‘telah digunakan adalah fitnah,” kata Asyraf merujuk kepada dua invois yang didedah kepada media oleh National Oversight & Whistleblowers (NOW), minggu lalu.

Anda baca juga laporan ini :

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) tidak mempunyai sebarang isu penyelewengan sebaliknya agensi itu menjadi perhatian hanya kerana persepsi negatif sesetengah pihak.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata perkara itu dapat dilihat berdasar laporan audit agensi itu yang tidak menunjukkan sebarang unsur penyelewengan.

Beliau juga menegaskan menteri tidak mempunyai sebarang kuasa dalam soal operasi Yapeim kerana semuanya tertakluk kepada pengurusannya dan lembaga pemegang amanah agensi itu.

"Jadi menteri atau timbalan menteri tidak ada kuasa untuk campur tangan kecuali jika kami merasakan ada sebarang bentuk penyelewengan, dan dalam kes ini bukan penyelewengan tapi isu persepsi. Tetapi kita akan melihat jika ada sebarang isu tadbir urus.

"Tetapi sebagai menteri dan timbalan menteri kami hanya lihat laporan auditnya, takkan kami nak campur urusan Yapeim setiap hari, nak tengok apa Ketua pegawai eksekutif, presiden atau lembaga pengarah dia buat, kena faham konsep tadbir urus itu," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2016 di peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat, malam tadi.

Asyraf juga membidas ahli Parlimen pembangkang agar tidak terpengaruh dengan pelbagai persepsi negatif yang dilemparkan kepada agensi itu dan menyifatkan mereka sepatutnya menyokong Yapeim.

Yapeim menjadi perhatian sejak minggu lalu, berhubung dakwaan salah guna dana dan lebihan pembayaran gaji kepada pengurus atasannya.

Dakwaan Pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) Akmal Nasir itu turut mengaitkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Yapeim dan peneraju tertinggi yayasan berkenaan yang dituduh menyalah guna dan menyeleweng dana Amal Jariah (Skim Potongan Gaji).

Ketua Pengarah/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Yapeim Datuk Abibullah Samsudin dalam kenyataan media semalam menegaskan Yapeim dan individu yang terjejas dengan dakwaan itu akan mengambil tindakan undang-undang dalam masa terdekat. – Bernama

Satu persoalan besar, siapakah yang telah membocorkan dokumen-dokumen YaPEIM hingga dijadikan bahan fitnah oleh NGO Pembangkang?

Lihat juga video menarik perbahasan di bawah :


Diharapkan kali ini, jangan terima maaf sahaja jika budak NOW itu kalah dalam mahkamah.

sumber: NOVANDRI.BLOGSPOT.COM.MY

Shukri Hayat 18 November 2015
KENAPA NAK JADI GAY?

BUKAN NAK MENGAIBKAN. TAPI NAK MINTA TOLONG SANGAT-SANGAT UBAH LAH PERANGAI.

SAMPAI BILA? KENAPA NAK JADI PONDAN?


Bila Kena Balun Nak Mengamuk!! 

SODOMI tahu tak???

Shukri Hayat 16 November 2015
KAJIAN MENGENAI ROKOK TEMBAKAU DAN VAPOR
ROKOK TEMBAKAU VS VAPOR


Untuk posting kali ini, aku sangat berbesar hati untuk berkongsi tentang perbezaan rokok tembakau dengan rokok elektronik atau lebih dikenali sebagai Vapor. Menurut kajian, sebanyak 10% hingga 12% dari punca kematian adalah kerana amalan merokok iaitu lebih 10,000 kematian setahun di Malaysia. Pengguna produk tembakau adalah satu-satunya penyebab yang menyumbang kepada kematian yang boleh dicegah dan bertanggungjawab membunuh seorang daripada 10 orang dewasa secara global.

Sejajar dengan arus peredaran zaman, konsep rokok kini divariasi dengan ciptaan rokok elektronik atau lebih dikenali sebagai vapor atau e-cigarette atau rokok elektrik. Menurut kawan-kawan aku yang mengamalkan rokok jenis ini, ianya mempunyai rasa yang jauh lebih beza berbanding rokok tembakau malah mempunyai aroma dan perasa yang pelbagai seperti vanilla, strawberry dan lain-lain. Tapi persoalan disini, adakah vapor ni tidak merbahaya berbanding rokok tembakau? Benarkah vapor ini adalah option untuk perokok tegar supaya dijadikan ia sebagai batu loncatan untuk berhenti dari hobi merokok mereka? Atau adakah vape ini selamat dihidu oleh orang sekeliling berbanding dengan kesan asap rokok tembakau? Ini jawapannya!

APA KATA PAKAR TENTANG ROKOK TEMBAKAU DAN VAPOR (ROKOK ELEKTRONIK) :-

  • Dr Zakaria Abdullah, pakar herba dan kesihatan tempatan, menyatakan glycol (PG) dan glycerin (VG) yang terkandung dalam rokok elektronin itu tiada rekod yang menunjukkan mereka bahaya.
  • Dr Hairulfaizi Haron, Pakar Jantung dan Paru-Paru PPUKM menyatakan rokok tembakau mempunyai pelbagai jenis toksik manakala rokok elektronik hanya menggunakan pelarut, nikotin serta perisa. Namun beliau juga ada menegaskan supaya nikotin tidak diguna secara berlebihan atau lebih bagus jika nikotinnya diskala zero.
  • Boston University School Of Public Health membuat kesimpulan bahawa rokok elektronin adalah lebih selamat daripada rokok tembakau dan mungkin membantu perokok berhenti dari tabiat merokok. Mereka menyatakan "tahap bahan kimia yang dikesan dalam rokok elektronik tidak menimbulkan kebimbangan kesihatan yang serius dan rokok elektronin juga didapati serupa dengan pengganti nikotin yang sedia ada".
  • Dr Konstantinos Farsalinos daripada Onassis Cardiac Surgery Center membentangkan "Rokok elektronik adalah alternatif yang lebih selamat kepada rokok tembakau. Memandangkan bahaya melampau yang dikaitkan dengan merokok, data sedia ada menunjukkan bahawa rokok elektronik adalah jauh kurang berbahaya dan menggantikan tembakau dengan rokok elektronik mungkin bermanfaat untuk kesihatan".
  • American Association of Public Health Physicians (AAPHP) menyokong penjualan rokok elektronik kepada orang dewasa "kerana ia berkemungkinan menyelamatkan 4 daripada 8 juta perokok di Amerika yang sebaliknya akan mati disebabkan penyakit berkaitan dengan tembakau dalam masa 20 tahun".


Walaupun kajian kat atas ini menunjukkan vape masih tidak sebahaya rokok tembakau, namun tetap mengandungi tahap nikotin yang agak tinggi. Secara umumnya, nikotin merupakan bahan kimia yang membahayakan kesihatan paru-paru, jantung dan sebagainya lagi. Di Malaysia, purata nikotin dalam setiap rokok ialah 1.5mg yang dibenarkan didalam sebatang rokok. Jangan disangkal perkara yang benar, sudah terang lagi bersuluh. Biarpun korang hanya menghisap vape ianya tetap berisiko untuk menghidap penyakit serius macam korang mengambil rokok tembakau.

Biasanya sukar bagi perokok untuk berhenti merokok kerana racun nikotin sudah meresap keseluruh urat saraf mereka sehingga ke sel-sel DNA. Dan seandainya mereka berjaya berhenti merokok, pelbagai healing crisis yang bakal mereka hadapi untuk seimbangkan semula sistem badan mereka daripada ketidakhadiran nikotin seperti kebiasaannya. Antara masalah sementara yang berkemungkinan bakal mereka hadapi adalah:
  • Depresi atau perasaan sedih, putus asa, atau rendah diri mungkin dialami. Dalam keadaan sebegini, seseorang mesti dijauhkan dari lingkungan perokok dan perlu diberikan sokongan positif.
  • Pemarah. Sangat ini mungkin akan muncul perasaan mudah marah.
  • Perubahan mood yang tidak tidak tentu pasal. Mood menjadi tidak jelas untuk ditafsirkan. Tiba-tiba emosi, marah, gembira, gelisah, dan mood lainnya datang akibat tubuh menginginkan nikotin.
  • Tidak sedap badan. Puncanya adalah terjadinya proses pembuangan yang dilakukan oleh tubuh. Selama merokok, nikotin akan mengalir laju oksigen dan nutrisi ke seluruh tubuh. Dan kini, tubuh akan membuatkan semua berjalan seperti biasa tanpa nikotin.
  • Usus meragam. Mungkin akan muncul krem, mual, perut kembung dan sembelit. Lakukan senaman dan makan serat untuk mengimbangi masalah ini.
  • Masalah hidung dan tekak. Hidung dan tekak akan berusaha menghilangkan lendir dan terakumulasi selama masa merokok. Untuk detoksifikasi bahagian tubuh ini, mungkin Anda mengalami batuk, tekakn kering, dan mulut kering. Cukupkan minum air untuk masalah tersebut.
  • Nafsu makan meningkat. Hilangnya racun rokok secara berperingkat boleh menggalakan rasa lapar. Ambil makanan rendah kalori dan sihat, serta air yang mencukupi untuk tubuh anda.
  • Sakit kepala. Keluarnya nikotin turut mengundang sakit kepala. Pijit dan beristirehatlah dikala hal ini terjadi. Jangan lupa untuk minum dengan secukupnya dan mandi dengan air panas atau hangat.
  • Kurang tidur. Proses berhenti merokok juga dikaitkan dengan masalah susah tidur. Untuk sementara, jauhi dulu kopi mendekati waktu tidur dan biasakanlah bersenam.
  • Berpeluh dingin dengan tangan dan kaki gementar. Ini seperti kesan ketagihan dadah. Jangan menyerah dan bertahanlah hingga kesan kecanduan benar-benar hilang.
  • Mengalami masalah kulit. Kulit akan berangsur pulih ke adaan yang lebih baik. Selama menuju proses tersebut, mungkin Anda sedikit mengalami masalah jerawat, lidah, atau mulut. Ini hanyalah proses peralihan.

SEKIAN TERIMA KASIH

SUMBER: IZZY ADLINA

Shukri Hayat 6 November 2015
Syarikat Bas Ekspress dan peniaga di Pudu Sentral "DIZALIMI" Spad & Uda Mall

Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Itulah slogan yang dilaungkan oleh DS Najib Razak sebaik sahaja beliau memegang jawatan Perdana Menteri. Namun, adakah pegawai dan agensi bawahan memahami dan menyelami slogan yang dilaungkan oleh kerajaan hari ini?

Kelmarin saya didatangi kumpulan peniaga dari Pudu Sentral, 10 wakil peniaga yang bertemu dengan saya mendakwa dianiya oleh pegawai dan pihak pengurusan Pudu Sentral iaitu Uda Mall Sdn Bhd dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

KLIK IMEJ



Menurut mereka, tindakan pengurusan Pudu Sentral dan SPAD terlalu menekan dan tidak bertolak-ansur malah ada yang bertindak seperti samseng. 

Berdasarkan rekod, SPAD mengarahkan operasi bas ekspress bagi jarak jauh dipindahkan ke terminal bas Bandar Tasik Selatan atas alasan untuk mengurangkan kesesakkan lalu lintas.

Ia dinyatakan oleh Pengerusinya, TS Syed Hamid Albar sekitar bulan Ogos yang lalu. Ekoran daripada pemindahan operasi bas, Pudu Sentral tidak lagi menjadi tumpuan orang ramai.

Dan difahamkan, bermula November ini - SPAD akan bertindak membatalkan permit mana-mana pengusaha bas ekspress yang masih beroperasi atau mengambil penumpang di Pudu Sentral.

Tindakan SPAD yang mahu memindahkan operasi bas ekspress atas alasan mengurangkan jumlah kenderaan di ibu kota seperti tidak masuk akal.




Kerana sejak Pudu Sentral diubah suai dan dinaik taraf menjadi UTC boleh dikatakan sekitar Pudu Raya tidak mengalami kesesakkan, jika berlaku kesesakkan pun di waktu puncak dan berpunca daripada lampu isyarat di sekitar Petaling Street, Masjid Jamek yang jaraknya berdekatan.

Paling menggelikan hati saya, SPAD turut memberi alasan tindakan pemindahan operasi bas ekspress adalah untuk mengelakkan ulat tiket.

Kalau kita kata SPAD bodoh nanti penguatkuasa SPAD berkecil hati.

Ulat tiket ada di mana-mana termasuk di KLIA. untuk menghapuskan ulat tiket adalah tindakan penguatkuasaan. Jika penguatkuasa lemah dan lembik atau makan suap sampai kiamat pun ulat tiket akan terus wujud.

Paling saya kecewa, tiada wakil rakyat BN tanya khabar atau cuba membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh para peniaga di Pudu Sentral. DAP terlebih dahulu menyelami masalah mereka, tidak malu ke?

Akhbar Cina lebih prihatin berbanding akhbar Melayu -
Wakil rakyat DAP telah turun jenguk peniaga di mana wakil rakyat BN?
Ekoran daripada pemindahan operasi saya difahamkan beratus peniaga akan terjejas kerana mereka terpaksa mengosongkan premis. Selain dipaksa mengosongkan premis, mereka turut diheret ke mahkamah dan terpaksa menanggung hutang dengan Uda Mall.









Difahamkan pihak UDA Mall tidak mengadakan perbincangan walaupun berpuluh kali para peniaga membuat rayuan. Lebih malang lagi, pegawai UDA Mall sendiri bertindak seperti gangster dengan mengugut para peniaga.

Selain mendapat bantahan daripada peniaga di Pudu Sentral, difahamkan pengusaha hotel berdekatan turut membantah cadangan yang dibuat oleh pihak SPAD.





Malah kumpulan peniaga turut mengumpul tandatangan di mana majoriti daripada mereka mohon diberikan tempoh lanjutan dan pampasan sewajarnya kerana ada di kalangan mereka telah berniaga di situ selama 39 tahun.







Kenapa begitu sukar untuk pihak UDA Mall bertolak ansur atau bertimbang rasa terhadap peniaga, sukarkah menyelami masalah yang dihadapi oleh mereka. Selain menghabiskan berjuta untuk pengubahsuian. Pihak UDA Mall turut gagal menguruskan Pudu Sentral dengan baik.

Malah ruang premis perniagaan merosot berbanding sebelumnya kerana peniaga tidak mampu menyewa lot perniagaan ekoran sewa dinaikkan mendadak selain kos utiliti yang tinggi. Merujuk gambar di bawah, ruang yang berwarna adalah lot kedai yang masih menjalankan perniagaan mereka manakala selebihnya kosong.



Manakala carta di bawah pula menunjukkan penurunan jumlah peniaga di Pudu Sentral selepas ia diubah suai. Siapa mahu berniaga kalau kos sewa gas bulanan mencecah RM1300, itu belum campur sewa premis.


Kita bukan mahu menuduh, tetapi difahamkan Syed Hamid Albar ada kepentingan dalam syarikat yang menguruskan TBS, sebab itulah semua operasi bas ekpress bakal dipindahkan ke BTS. Adakah benar cakap-cakap orang di luar sana?

Bersambung...

Shukri Hayat 30 October 2015
SST KUTIPAN CUKAI LEMAH BERBANDING GST
GST TELAH MENGUTIP RM 39BILLION BERBANDING SST RM 18BILLION


Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) menjadi punca utama peniaga menaikkan harga jualan sesuka hati.

Jika GST tidak dilaksanakan Malaysia akan mengalami defisit belanjawan yang ketara, kerana sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang tidak efisien serta kutipan cukai yang lemah. SST hanya mengutip RM 18Billion manakala GST pula mengutip RM 39Billion.

Ia jelas kerana Malaysia bergantung sepenuhnya kepada hasil minyak dan komoditi yang mengalami penurunan harga mendadak lebih 50 peratus daripada paras US$100 setong pada 2014.

“GST masih agak baru dan semua orang masih belajar mengenainya, tetapi kami melihat interaksi positif dengan Jabatan Kastam, kerana mereka menjadi lebih toleran dengan perniagaan yang cuba untuk berbuat demikian,” kata Pengarah GST Deloitte Malaysia, Senthuran Elalingam.

Beliau menjangkakan peniagaan mungkin mengambil masa enam bulan lagi untuk menyelaras sepenuhnya kepada GST dengan pengecualian kepada farmaseutikal, pembangunan hartanah dan industri insurans, termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS), dengan perniagaan masih menghadapi beberapa komplikasi.

Senthuran juga positif terhadap pengumuman Perdana Menteri, bahawa kerajaan tidak akan mengenakan GST ke atas beberapa barangan keperluan, termasuk ubat-ubatan dan makanan, dengan menyatakan hasratnya ialah untuk meminimumkan kesan ke atas isi rumah berpendapatan sederhana dan rendah.

“Saya menjangka lebih banyak pihak boleh meminta barang berkadar sifar, tetapi kerajaan perlu bersikap memilih dan menumpukan kepada siapa yang mereka mahu mendapat manfaat dan memberikan bantuan,” kata beliau.

Turut bersetuju dengan pandangan itu ialah Presiden Persatuan PKS Malaysia, Michael Kang yang menyokong pelepasan GST ke atas pengimportan semula barang yang dieksport secara sementara, bagi tujuan promosi, penyelidikan atau pameran.

“Kami berharap kerajaan akan menggalakkan lebih banyak transaksi perniagaan bagi merangsang ekonomi dan membantu PKS menyediakan perkhidmatan yang lebih baik dan menarik lebih banyak pelancong asing ke negara ini,” katanya.

Bagaimanapun, Kang berkata, langkah untuk menaikkan lingkungan pendapatan boleh cukai daripada 25 peratus kepada 26 peratus, bagi mereka yang mempunyai pendapatan antara RM600,000 dan RM1 juta, serta mereka yang berpendapatan melebihi RM1 juta kepada 28 peratus daripada 25 peratus, boleh menjejaskan tabiat perbelanjaan mereka.

“Oleh kerana GST berdasarkan penggunaan, ini mungkin mengurangkan aliran tunai ke dalam pasaran, kerana mereka akan berhati-hati dalam perbelanjaan, sekali gus mengurangkan kutipan GST dan hasil kerajaan,” kata Kang.

Di samping itu, beliau juga berharap kerajaan akan terus menyediakan bantuan perkakasan dan perisian untuk PKS, melanjutkan lagi tempoh pembelajaran dan penyerahan pemfailan GST.

sumber: The Rakyat Post

Shukri Hayat 28 October 2015
PAS SEDIA KERJASAMA DENGAN UMNO DAN BN YANG MENGUTAMAKAN RAKYAT.
PAS BUAT KEJUTAN, SEDIA BERKERJASAMA DENGAN UMNO DAN BN !!!




PAS melakukan kejutan dengan sedia bekerjasama dengan UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam perkara-perkara yang meletakkan rakyat sebagai keutamaan.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata perkara tersebut adalah pendekatan terbaru yang diambil oleh parti Islam itu dengan menolak segala fahaman politik yang berbeza.

“Kita akan berjumpa dengan menteri tentang isu-isu rakyat, kita perlu berjumpa tak cukup hanya di Parlimen, apatah lagi ada menteri-menteri yang tak hadir ke Parlimen.

“Kita akan bekerjasama dalam perkara yang baik dan tidak akan bekerjasama dalam perkara yang tak baik, ini adalah pendekatan baru yang kita ambil,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen, Selasa yang disertai ahli-ahli parlimen PAS lain.

Menurutnya lagi, keputusan terbaru ini bukan satu tindakan berpatah balik (u-turn) namun lebih bersikap professional dengan semua pihak demi kepentingan rakyat.

“Kita adalah parti yang mempunyai pengalaman lebih jauh daripada parti lain, kita dah menyertai kerajaan campuran pada zaman 1970 an, 74 masuk BN, keluar balik.

“Kata kita tak akan bekerjasama dengan Barisan tu tak betul, kita akan bekerjasama dalam perkara yang baik dan tidak akan bekerjasama yang tak baik,” kata Ahli Parlimen Marang itu.

Mengulas lanjut, kerjasama yang dikatakan itu termasuklah bersama dengan parti pembangkang lain iaitu PKR, DAP dan PAS, namun menegaskan tidak akan sesekali menyertai Pakatan Harapan.

“Kita bekerjasama dengan semua termasuk DAP, PKR dan PAS, cuma kita tak akan sertai Pakatan Harapan sebab kita tak ada harapan dengan harapan yang tak sampai destinasi, macam saya sebut tadi, nak pergi Kuantan ikut jalan ke Kuala Lipis, mana boleh sampai,” sindirnya.

Katanya, PAS lebih selesa mengambil langkah untuk berdiri sendiri kerana parti Islam itu mempunyai kekuatan sehingga parti lain menumpang pada kekuatan yang ada pada PAS.

“Bukan sahaja boleh bersendiri, malah dah lama kita bersendiri pun, banyak parti lain bergantung dengan parti kita, kita ada banyak cawangan, demo jalanan pun PAS tak sertai, ramai orang Islam tak hadir, kamu boleh saksikan, ini kekuatan yang ada pada kita.

“Bagi orang Islam dan bukan Islam yang nak perubahan, mereka perlu pilih PAS,” ujarnya.

BNBBC

Shukri Hayat